Awak, kalau saya masam muka itu bukan bermakna saya bosan dengan awak. Perempuan memang suka dipujuk.
Awak, kalau saya tak telefon atau sms awak, bukan bermakna saya mahu jauhkan diri dari awak. Mungkin saya sedikit sibuk dengan hal bersama-sama keluarga atau kawan-kawan saya. Mereka juga hidup saya. Sama pentingnya dengan awak. Ataupun kredit saya sudah masuk kubur.
Awak, kalau saya saya cakap saya tak nak itu bermakna saya tak nak. Walaupun saya jenis mudah mengalah tapi kadang-kadang tak salah kalau awak menangkan saya, kan?
Awak, kalau saya selalu buat perangai tak senonoh depan awak dan public dan buat awak rasa tak senang, bukan bermaksud saya mahu buat awak malu. Saya cuma dalam usaha buat awak senyum.
Awak, saya rasa ramai yang akan komen, "aizara dah angau!"
Tapi saya boleh cakap pada mereka, "aizara peduli apa!"
HAHAHA
p/s : saya sayang awak tau
Tuesday, September 29
Sunday, September 27
Hari Rayo
Makan ketupat atau lemang 20 dozen sekalipun, jangan sampai kau orang cirit birit rumah orang :)
Selamat Hari Raya.
Mohon maaf dipinta ! :D
Selamat Hari Raya.
Mohon maaf dipinta ! :D
Monday, September 7
Lulus !
Tahun ini buat kali pertama, saya berjaya memperoleh markah 74/100 dalam ujian Bahasa Malaysia. Selama ini gred untuk Bahasa Malaysia mesti C ataupun D. Kejayaan yang hebat. Tahniah Aizara! Tahniah Aizara! : D Bangga lah Samdul !
*I'm trying to advance my Bahasa Malaysia language. As all of you know, Im extremly weak in this subject/language. So you've noticed that Im typing all my blogs in Bahasa Malaysia, and I want to keep up with that so that I could feel pretty much comfortable with my own language okay home dawgs! peace out. lol
EHH!
I got a 90% for my English test paper. Who's the boss now huhh?!!!!
Wednesday, September 2
ba alif ba ya ba wau dal wau ha :D
Jangan setakat jawi aku tahu, arab pun sudah aku master.
Okay, sekarang jangkitan wabak Influenza A atau lebih dikenali sebagai H1N1 sedang mengganas di seluruh dunia. Mummy, sekarang tidak membenarkan aku keluar, pergi beli topap nak mesej dengan abang dondang aku pun tak boleh. Sakit-sakit.
Daripada tiada kes H1N1, kini Malaysia menjadi negara penyumbang kepada angka mangsa kematian H1N1. Haih. Tetapi kini dah 'mampuih berapa orang rakyat'. Seharusnya Menteri Kesihatan dan Pengarah Kementerian Kesihatan Msia meletakkan jawatan sebagai tanda intergriti dan tanggungjawab terhadap masalah yang berlaku. Samdul punya menteri. Tau kau cuak erk. Penyebaran wabak ini di Malaysia sehingga melibatkan kematian membuktikan bahawa Menteri Kesihatan dan Pengarah Kesihatan telah gagal melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menjaga keselamatan rakyat daripada wabak H1 N1 ini. BA WAU DAL WAU HA ! Jadilah seorang ketua yang bertanggungjawab ! Jika Menteri Kesihatan dan Pengarah Kesihatan mengambil tindakan sewajarnya dan penuh dedikasi pastinya wabak ini tidak menular di negara ini.
Jadi siapa yang harus dipersalahkan dalam penularan wabak ini di Malaysia ? Entah berapa ramai yang akan terkorban dek wabak H1N1 ni ?
*Semua orang digalakkan mengunakan topeng setiap kali berada di kawasan tumpuan orang ramai. So kebelakangan ini sejak aku selalu memakai topeng, ada kalanya aku terasa diri aku macam pejuang bertopeng Kamen Riders. Hiap! Bertukar ! !

Subscribe to:
Posts (Atom)