Pernahkah korang fikir apa yang aku mahu? Pernahkah korang fikir apa aku teringin? Pernahkan korang fikir perasaan aku? Pernahkah? Tidak? Ya, sudah dijangka.
Aku tak nak sembunyi perasaan aku, terlalu ramai yang menyakitkan hati aku. Tetapi aku diam. Kenapa aku diam? Aku tidak mampu untuk bersuara? Begitu? Bukan, sebab aku malas nak cari gaduh.
Ada juga orang yang mengguris hati aku tanpa disedari. Aku mahu bersuara tetapi aku tak boleh. Kenapa? Sebab aku tak nak menyinggung perasaan mereka. Kenapa aku menjaga perasaan mereka manakala mereka boleh menyinggung perasaan aku? Aku sendiri pun tak tahu.
Aku tak mahu sembunyikan perasaan aku, aku tak nak menyembunyikan kesedihan aku dengan senyuman yang cukup mesra. Aku mahu bersuara. Aku dah tak kesah pasal perasaan korang dah. Aku cakap apa yang aku mahu. Kau tak suka? Lantak pi lah. HAKTUIHHH !