Friday, February 12

penulis novel yg bakal mengharumkan nama negara. eleh

Auw auwww, mak dia suka aku ajar dia bahasa barat.
auw auwww, aku suka bila dia berbahas seperti seorang yang romantik.
auw auwww, aku kagum dengan dia kerana dia mempuyai cita-cita yang tinggi, iaitu menjadi seorang penulis novel yang berjaya.
auw auwww, aku kasi dia kad sempena Hari Valentine.
auw auwww, aku suka bila dia belanja aku tengok wayang.
auw auwww, aku suka apabila dia melemparkan senyuman paling manis dekat aku.
auw auwww, aku sayang dia sangat-sangat.

Friday, February 5

ROLF

Ooooh Happy birthday brotah ! sudah lapanbelas tahun : )
You are now legal to watch porn. ROLF !
harap-harap ceria selalu ala-ala ladybird yang bebas berterbangan di taman bunga.

Wednesday, February 3

doodle !

Kita tak ada kerja. Jadi kita buat benda ni. Maaf tulisan kita buruk :')

Tuesday, February 2

sukanya akuuuuu


Fuh ! Petang tadi aku jumpa dia. Dia kasi aku keychain comel ! Keychain yang dia kasi tu couple's punya. So, yang lagi satu dia simpan. Keychain inilah hadiah pertama yang aku terima dari dia. Kesian, susah payah nak cari benda ini dekat Sunway eh? Tak apa, saya amat menghargainya. Kerana apa? Dia bersusah payah mahu beli benda alah ni semata-mata nak buat aku gembira. Arghhh ! senyum nak sampai ke Kelantan nun.

p/s : titew chayunk awakz !?!

Monday, February 1

:)



Bangun pagi-pagi mahu ke klinik gigi, mahu cabut pagar timah ini. Appointment pagi, sampai klinik pun pagi. Tapi orang tu boleh cakap "asal datang lambat?, kene tunggu", padahal masa tu pagi lagi. Tak reti nak baca jam ke? Mesti tadika fail. Turut bersimpati. Nak pasang pendakap gigi ni tak adalah sakit mana. Tapi bila nak buka, kesakitannya hanya Tuhan je tahu. Doktor berbicara..

"Wah Lyn ni kuat eh, biasanya bila doktor buat sampai menjerit orang tu. Ah ah ah !"

Dalam hati aku "pale buto pak hang", perlu ke ada "ah ah ah"? Tangan genggam je, tahan air mata dari mengalir. Perhhh. Nyawa-nyawa ikan jeleeee. Dah buka pendakap gigi aku rasa pelik je. Aku rasa lebih ringan dan muncung aku kurang menarik. haha.

Lepas semua itu, pergi tuisyen. Ujian Sejarah. Aku dah niat nak tiru, so buku dekat bawah je. Duduk dekat row belakang sekali, dengan ni senang lah kerja aku nak tiru. Tetapi dekat belakang aku ada cermin yang boleh dilihat dari luar. Sebelum nak mula ujian, cikgu cakap.
"Korang ni jujur tak?"
"Dah sembahyang ke belum?""Aku belum sembahyang, aku sembahyang dulu ye"

Cikgu keluar, lepas itu semua mula jawab soalan kertas ujian sejarah. Aku dengan Amanina memang kaki meniru, so apa lagi? Selak buku text. Semasa aku sedang meniru, tiba-tiba terasa panas. Lalu, aku pandanglah belakang. Kelihatan satu makhluk yang berkulit hitam, saiznya agak besar tercongok dekat cermin. Makhluk ini amat unik dan ia diberi nama Cikgu Hasani ! Haha.
Sudah malu, lalu pakai hood !

"Aku tak nampak aku tak nampak !" itulah kata-kata makhluk unik tersebut.

Pelajar lelaki pula menyampuk,
"Dah sembahyang ke belum? Cepat gila!"
Cikgu hanya mampu cakap "Sial lah kau orang"


Haha kantoiii !



p/s : agak-agak aku boleh jadi duta colgate ka ? Bluek !