Jangan setakat jawi aku tahu, arab pun sudah aku master.
Okay, sekarang jangkitan wabak Influenza A atau lebih dikenali sebagai H1N1 sedang mengganas di seluruh dunia. Mummy, sekarang tidak membenarkan aku keluar, pergi beli topap nak mesej dengan abang dondang aku pun tak boleh. Sakit-sakit.
Daripada tiada kes H1N1, kini Malaysia menjadi negara penyumbang kepada angka mangsa kematian H1N1. Haih. Tetapi kini dah 'mampuih berapa orang rakyat'. Seharusnya Menteri Kesihatan dan Pengarah Kementerian Kesihatan Msia meletakkan jawatan sebagai tanda intergriti dan tanggungjawab terhadap masalah yang berlaku. Samdul punya menteri. Tau kau cuak erk. Penyebaran wabak ini di Malaysia sehingga melibatkan kematian membuktikan bahawa Menteri Kesihatan dan Pengarah Kesihatan telah gagal melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menjaga keselamatan rakyat daripada wabak H1 N1 ini. BA WAU DAL WAU HA ! Jadilah seorang ketua yang bertanggungjawab ! Jika Menteri Kesihatan dan Pengarah Kesihatan mengambil tindakan sewajarnya dan penuh dedikasi pastinya wabak ini tidak menular di negara ini.
Jadi siapa yang harus dipersalahkan dalam penularan wabak ini di Malaysia ? Entah berapa ramai yang akan terkorban dek wabak H1N1 ni ?
*Semua orang digalakkan mengunakan topeng setiap kali berada di kawasan tumpuan orang ramai. So kebelakangan ini sejak aku selalu memakai topeng, ada kalanya aku terasa diri aku macam pejuang bertopeng Kamen Riders. Hiap! Bertukar ! !

alamak
ReplyDeletekamen rider fav i la
hahaha
tak heran lah beroooo HAHA
ReplyDelete